ASSALAMUALAIKUM......
:-) alhamdulillah....masih boleh meneruskan blog yang seterusnye walaupun dah seminggu tak up date. busy ngan kerja lain..sedar tak kalau perempuan tu berhijab mesti akan nampak lebih muda dan sweet...bukan nak ajak menonjolkan diri dengan berhijab..cuma nak memberikan fakta jelas tentang hijab...maklumlah, sekarang ni semakin ramai wanita yang sedar hijab tu adalah tututan agama yang wajib kita laksanakan....
sooo......bakal2 pengantin sekalian yang berhijab, tentunya nak mencari hijab yang cantik untuk dipakai semasa hari bahagia nanti. banyak yang saya google jeling2 gambaran hijab yang menjadi sambutan sekarang ni. tak ramai lagi nak mengenakan hijab ber'oning' yang keras2 kat depan tu....walaupun masih ade, tudung sekarang tak lagi plain...ade manik2 yang cantik melitupi depan tudung. dengan warna pilihan sekarang yang agak soft digandingkan sedondon dengan warna baju. atau hanya menggunakan kain yang sama dengan kain baju...ade jugak yang gunakan kain lace untuk menghiaskan bahagian tertentu pada tudung. crown2 pun dah tak jadi pilihan sangat sekarang ni. sangat cute dan cantik tudung sekarang.
pilihan kain jugak penting, jika salah pilih....terpaksa la pengapit pengantin tolong kipas laju2 nanti. ada jenis kain yang agak nipis dan selesa untuk dijadikan tudung. walaupun nipis, keadaan kain tersebut masih legap dan menutup sepenuhnya bahagian aurat wanita...tak la transparent sampai boleh nampak telinga bagai.
tudung juga boleh memberi tampak elegan ketika di majlis resepsi anda nanti selain dari membuat anda rasa persis ratu sehari. gandingan tudung dengan perhiasan yang bersesuaian pada tudung mebolehkan anda kelihatan anggun walaupun bertudung. tak kira la walaupun tudung tu labuh sekalipun asalkan perhiasan yang digandingkan sesuai dan menepati citarasa. jangan terlalu sarat nanti nampak macam kedai manik labuci berjalan pulak.
ntah la kenape admire betul dengan gaya tudung irma ni...salah satu teknik sentuhan manik yang menarik |
simple dan boleh dijadikan sebagai tudung nikah |
gaya tudung nikah erra fazira orangnye memang cantik...lagi canti kalau bertudung |